Monday, February 22, 2010

apa yg tersimpan..

agak bz d kala waktu ini.
byk benda yg terjadi.serius byk. ada yg wat aku shock.
tapi benda yg bykla tu la yg mengajar kita erti kehidupan yg sebenar.
sbb kt bukan hidup d alam fantasi.




kadang kita merasa apa yg kita lakukan tu betul. bagus. diterima orang.
tapi ada jugak segelintir orang yg tidak puas hati. tidak pernah puas @ merasa enak melihat kegembiraan @ kesenangan org lain.
mengapa?

adakah manusia sebegini tidak pernah merasakan dirinya serba kekurangan?
atau dia merasa dia la yg terhebat sekali d dunia ini?




bila kita berkata, kita lupa yg kita bawa bercakap itu adalah seorang manusia.
yg punya rasa utk marah, suka, geram, sedih.
kita lupa itu kekadang kerana besarnya egonya diri kita.
besar sehingga kita cuma nampak luaran sahaja.
dalaman langsung kita tak jenguk, sentuh pun tidak.

aku sedar aku kerdil. aku hina. aku berdoa.
aku manusia khilaf yg sentiasa membuat dosa.
sentiasa tidak pernah merasa puas.

tapi sekurang2nya aku tau. aku sedar.
aku perlukan masa memperbetulkan keaadan.
mengadaptasi apa yg perlu aku pelajari.
mempraktikan apa yg aku belajar.




ini kerna aku seorang manusia. ya, aku manusia.
aku berharap, dipermudahkan urusan setiap umat Islam d dunia ini.
teratur langkahnya, terjaga maruahnya, berlabuh kasihnya hanya pada Allah, pencipta dunia.




sedarkan lah aku andainya aku lalai..
kejutkan aku andai aku terlena,
jgn biarkan aku sendiri ke jln yg salah.




hmmmm....