Sunday, October 25, 2009

syhHh...~~~


bila kita ingin didengar adakah kita salah?
mendengar bukan bermakna menyelesaikan,
mendengar bukan utk dipertikaikan,
sekadar hanya mendengar,
kita dengar yg mana mampu,
kerana mendengar tidak berarti kita batu,
mendengar bukan kita tak ambil tahu,
tetapi bukan juga tak peduli,
bila kita mendengar kita boleh jadi gembira atau sebaliknya,
mendengar sesuatu yg baik adalah lebih bererti,
pendengar yg baik tidak mengkritik,
pendengar yg baik sabar dgn apa yg perlu didengar dan akan didengar,
kita mendengar, didengar dan diperdengarkan.


p/s: how 2 teach listening. (^_^)



hasil buatan tanganku. =]

Wednesday, October 21, 2009

bOO-Ney-auNt

bunian. apa yg dimaksudkan dgn bunian? makhluk halus yg tinggal d hutan? @ segolongan manusia yg mempunyai kuasa magik la katakan? @ hantu2 yg bergelimpangan d mlm hari?

siapa org bunian?di mn tempat tinggalnya? dari mn asal usulnya? smapi sekarang belum ada bukti yg sahih n apa2 kenyataan berkaitan hal ni.

org tua2 ckp, org bunian ni kalau lelaki nya hensemmm, segak bergaya (mcm brad pitt, nicholas saputra, aaron aziz). hohho n kalau yg perempuan plak cantik, putih gebu, mcm top model lah katakan. (hanis zalikha, nasha aziz..=) ).ngehehe. dorang pun cm manusia gak, ada kampung halaman. ada petempatan sendiri. mesti seronok kan kalau dpt tgk, n kalau hari raya boleh g kunjung mengunjung. org tua2 gak ckp org bunian ni suka mandi kat tempat air terjun, bila mlm bulan mengambang dorang kan g tempat2 air terjun utk bermandi manda. xtau la betul @ x. org ckp tempat tu akan bercahaya, air tenang ja n boleh dgr suara gadis2 gelak lg. (jd memandngkan dorang slalu mandi bila bulan mengambang, maksudnya bulan mengambang 1 kali = mandi skali?). haha. sebulan sekali je la mandi? gila jimat. (opinion ja)

aku pernah dgr gak org bcerita pasal bunia ni. dorng ckp bunian ni bukan sembarangan nak tunjuk muka kat manusia @ nak amik manusia masuk ke alm dorng. dorang pilih org taw. mcm ada certain2 criteria yg perlu ada utk dpt tiket masuk g alam bunian. cthnya:

- mestilah seorang yg baik hati
- hati yg suci putih bersih
- n PLG PENTING badan org tu xda parut, licin je (org tua2 yg ckp, n aku pon pelik knapa)

tu lah antara yg aku pernah dgr, maybe ada lg kot tp aku taktau. nak masuk alam dorang ni pun pelik. OTT (org tua2) ckp yg masa kat alam orang laen dgn alam manusia. cthnya, satu minit mcm sehari, @ vice versa.

pernah aku dgr cerita yg ada sorang mamat ni nak potong ayam utk dmasak kenduri d umah beliau. dia dgn semangat waja dgn isteri beliau pergi ke tepi sungai utk membersihkn brg2 makanan. si isteri membawa bakul yg penoh dgn sayur2an yg hendak dibersihkan. si suami n isteri ni pun pergilah memulakan kerja2 dorng. dlm masa si suami ni nak memotong ayam, tiba2 dia ternampak benda yg berkilat2 d tepian sungai tempat dia btenggek nak menyembelih aym. dia pun heran, jadi tgn dia pun mancapai2la ke arh benda yg berkilau2 tuh akibat rasa kehairanan beliau. dgn x semena2 tgn nya mcm kena tarik masuk ke dlm sungai tu. si isteri x sedar sbb kusyuk sgt cuci syur mayur tu. yelah nak cepat, dorang dua je yg ada nak siapkan suma kerja.berbalik pd cerita si suami, dia rasa dia da mati sbb tamsuk kat dlm sungai, dia tersedar n menggosok2 matanya. dia ckp "syukur akku hiup lagi, tp aku kat mn ni?" dia hairan kat tempat tu dia nampak terang benderang, cantek, n tiba2 dia didatangi seorang pompuan cantek. n biasalah, da nampak pompuan cantek. dia terlupa yg spttnya dia bukan ptt berada d situ tp ptut sembelih ayam utk majlis kendurinya. dia pun tinggal la d situ n pompuan cantek tu ajak dia kahwen. bermulah kehidupannya d situ dgn isteri baru n keluarga baru d kampung tu. n pd satu hari dia tersedar yg dia harus pulang segera ke rumahnya. isterinya d sn mesti keseorangan. mesti isteri ckp dia hilang tanpa berita. dia pun mintak izin kat istri baru dia utk pulang kampung. si istri baru pun dgn berat hati merelakan n tunjukkan jln keluar dr kmpung tu. dia pun dub dab dub dab takut istri pertama nya marahkan dia yg sudah lama menghilangkan diri tanpa khabar berita. cara dia kluar dr alam bunian tu smlah seperti cara dia masuk. sblom dia pegi, si istri baru sempat bgtau kat dia yg selama ni dia tinggal d kampung bunian, n istri dia harap bila dia balik ke umah nya dia xkan bgtau sapa2 pasal hal ni. sampai ja kat tepi sungai tu balik tempat dia nak sembelih ayam tu, dia tergamam, x percaya apa yg dia nampak. betol ka ni x. dia nampak istri dia masih lagi dok kusyuk cuci syur, dlm hatinya berkata "biar betol bini aku nih, da lama aku tinggalkan dia smpai skrg asyik dok cuci syur aje.". dia pun panggil la istri ia. "milah,oh milah, x siap2 lagi cuci sayor2 tu ke?" si istri pun menoleh ke arah si suami. "alah abg ni, x smpai lima minit pun la org dekat cni cuci syur, kena cuci bersih2 krg berpasir" jwb si sitri. si suami tadi jadi terkejut dgn penyataan si istri. dlm hatinya berkata lg " x smpai 5 minit? aku da siap kahwen lagi dgn pompuan cantek tu, rasanya da btahun aku tinggal kat sn. biar betul si milah ni". psoalan tu masi lg jadi tanda tnya (*xtau crita ni btol @ x, OTT yg crita kt aku)


pernakah nda mendgr cerita sebegini, tentang manusia bkahwin dgn bunian? @ dpt ank bunian? tidak kah anda rasa ianya logik? @ maybe org dulu2 suka buat cerita tentang hal2 yg sedemikian utk mengelak anak2 ari bmain d luar rumah smpai senja mlm. maybe la.

sekrg ni kat TV3 n TV9 tgh maenkan cerita "Puteri Bunian". sebenarnya kau x berapa fhm tentang cerita tu coz bg aku cerita tu mcm pelik. knapa aku ckp mcm tu:

- tiba2 hawa yg merayau2 djumpai adam n bw balik umah
- hawa jadik org gaji bila tiba2 org tua adam balik dari bercuti
- jln cerita yg terlalu cepat cth, mak bapak adam balik, jumpa hawa marah sbb amik org gaji suka ati, mak adam uruh2 hawa buat itu ini n mrh2, tp ada 1 ms dia terus jd baek kat hawa, n lm ms yg sm si adam ni da suka kat hawa n akak dia bgtau hasrat adam nak kawin dgn hawa dgn mak bapak dorng. 1st x suka tp tiba2 ada scene tu mak adam tros peluk dia. n dorang kahwen. si aam pttnya kahwen dgn lisa x jd. batal mcm tu ja wlaupon at 1st mak si adam ckp xda org laen bole kahwen dgn adam melainkan si lisa tu.
- cerita dia ntah apa2
- tapi nora danish sgt cute, manis bila bertudung. aku adour tudung dia. (seyes dia mmg lawa)

itu pandangan aku la utk cerita ni coz seblum ni aku slalu ikuti hikayat2 ni, mcm dyg senandung n sebelum2nya.
tapi bg org yg suka tgk drama series ni silakan n teruskan. nnt bila da habis boleh cerita kat aku ending dia. hehe. malas nak ikut tapi nak tau gak ending dia apa. =]. cerita2 rakyat mmg patut d dramakan mcm TV# sedang buat ni. aku sokong supaya kita tak lupa cerita2 rkyat yg ada d msia ni. =].

Tuesday, October 20, 2009

kalau lah aku..

bila apa yg kita inginkan x dpt apa yg kita rasa?

mesti kecewa, sedih n ckp, "kenapalah nasib aku ni slalu jd mcm ni.."

sumtimes aku pun slalu berfikir begitu sebenarnya..
bukan ckp aku ni tak bersyukur dgn apa yg aku ada n apa yg aku miliki..
just kdg kita teringin benda tu kita nak benda tu sgt2 tp x dpt..
maybe sesetengah org ada yg minta sesuatu, inginkan sesuatu terus dpt..
@ maybe ada yg x minta pun dpt..that's we call LUCKY..

bila bckp pasal lucky, x semua org dpt ke'LUCKY'ian tu..sumtimes it just happen to a person..
n kita pun x boleh nak buat apa2 spt marah, benci, geram n rasa annoying tgk org yg dpt LUCKY tu..
coz maybe tu dah jd takdir dia..mcm org ckp..kita tak ada apa yg dia ada, n dia pun ada jugak benda yg kita ada dia tak ada..
kdg mmg x dinafikan..tgk org yg mcm tu..wahhhh..sumpah best gila dia ni kita ckp dlm hati..
kalau aku jadi mcm dia,,,kalau aku,,kalau3,,,
suma KALAU aku jd MCM DIA..
kita mmg x boleh tolak perasaan mcm tu..sebebnya kenapa?
kita manusia, kita x boleh lari dari perasaan yg ingin kita juga dpt apa yg kita mau..
kita manusia yg tidak pernah puas, yg ada apa yg dimiliki tetapi ingin lebih..

aku telah memohon biasiswa yg membolehkan aku menjadi seorang pendidik bila grad nnt. no doubt yg aku boleh mengajar. tapi dua2 biasiswa yg aku pohon ni dua2 x dpt. 1st adalah KPM n 2nd adalah KPT. ntahlah, maybe bukan nasib aku n bukan rezeki aku utk dptkan biasiswa ni.
mmg aku teringin sgt, teringin nak dpt biasiswa sbb aku pun bukan dr keluarga yg berada. so, dgn biasiswa boleh lg membuat hidupku d alam pengajian lebih baik. tp x dpt. hampa ada kecewa pun ada.

x apalah. aku sudah cuba yg terbaik utk dpt. tp dah bukan rezki nak buat mcm mn. maybe ada hikmah aku x dpt biasiswa. who knows in d future n only Allah knows everything.

Monday, October 12, 2009

...

aku masih d sini..

masih binggung.

masih keliru.

masih lagi begitu.

apa? mengapa? di mn? bgaimn? bila?

aarggghhh..sudahlah...hentikan!

aku penat.

aku lelah.

pergi.

jauh dari aku.

..haih..~~~ >< o ><

aku sgt tension

kerja byk betul nak dihantar

byk betul nak dibuat

byk betul ..sgt byk...

exam ujung bulan ni da start

aku lom ready n hidup masih lintang pukang

Wednesday, October 7, 2009

Kisah Ku

ini kisah tentang aku,

yg cintanya kandas slalu,

kepada para pencinta,

dengar laguku,

apa ku tak pantas dicinta?

apakah diri ini tak layak mencinta?

apakah mmg tak ada cinta utk diriku ini?

perjalanan cinta ini,

akan terus ku lewati,

duhai kau para pencinta,

dengarkan aku,

apa ku tak pantas dicinta?

adakah diri ini tak layak mencinta?

apakah mmg tak ada cinta utk diriku ini?

menyebakkan,

menyedihkan,

menyenangkan,

apakah ku tak pantas dicinta?

apakah diri ini tak layak mencinta?

apakah mmg tak ada cinta utk diriku ini?

apakah ku tak pantas dicinta?

apakah diri ini tak layak mencinta?

apakah mmg tak ada cinta utk diriku ini?

sudahlah,

biarkanlah,

resah ini hanya utk,

AKU.

Monday, October 5, 2009

-undescribeable-

kadang2 kita tak perlu ckap byk2 utk menunjukan reaksi @ sikap kita kan?

kadang2 kita fikir cara kita mungkin betul, mungkin sesuai tapi kemungkinan itu boleh disangkal, boleh berubah..

kadang2 kita berasa yg kita ni di puncak dunia dan slalu juga kita merasa yg diri kita jauh nun di bawah sana..

kadang2 kita lupa pada sesiapa disekeliling kita, kita lalai dgn apa yg ada di sekeliling, kita tak hargai apa yg kita ada n kita tak bersyukur dgn apa yg kita dpt..

kadang2 susah utk mengerti apa yg bermain di hati, apa yg difikir d otak..

kadang2 kita tak faham seseorang walaupun sudah lama berkenalan n kadang2 org yg baru kita jumpa menjadi satu kepala dgn kita..

kadang2 kita ingin lari, kita ingin lesap n kita ingin pergi dari segalanya..

kadang2 kita rasa kita tak punya siapa tapi kadang kita lupa, kita ada Allah, kita ada keluarga n kita ada kwn2..

kadang2 kita rasa kita boleh buat yg terbaik tapi hasilnya kadang2 tak seperti yg kita harapkan ataupun kadang2 ia jadi yg sebaliknya..

kadang2 kita lupa pd diri kita, kita juga punya hati, kita juga punya perasaan, kita juga punya keinginan n kadang juga kita terlupa org lain juga mempunyai perkara yg sama seperti yg kita mahu..

kadang2 melihat pd dasarnya kita tidak semestinya kita akan jumpa pada pangkalnya kerana kadang kita terjumpa pada benda2 yg kita rasa tidak logik @ tidak masuk akal..

kadang2 kita lupa yg kita ini hanya insan biasa, merancang tapi bukan yg menentukan..

ingat pd Allah,ibu,ibu,ibu,bapa InsyaAllah selamatlah kita..

..Amin..