Monday, December 7, 2009

bila bicara tentang..

mencari sesuatu yg x pasti ,
mengharap sesuatu yg mungkin xkan dimiliki,
manusia yg alpa dan,
tak pernah p
uas dgn apa yg ada,
menjadikan diri sentiasa berfikir,
tentang kehidupan,
tentang
masa depan,
tentang diri,
tentang
manusia yg berada di sekeliling kita,
tentang hati yg tak pasti,
tentang
jiwa yg meronta,
tentang
apa yg kita ada,
atau
mungkin yg kita mau,
belajar memberi dan juga,
belajar menerima,
tentang kita seadanya.

Saturday, December 5, 2009

sahabat?

kenapa kau pernah hadir?
kenapa aku kenal kau?
kau fikir apa yg kau buat betul?

pernahkah kau fikir org lain juga punya perasaan,
bukan utk dimainkan,
bukan juga utk dikhianati.
aku tahu kau byk berjasa,
membantu aku,
memberi sokongan n nasihat,
tapi apa semua ini?

kau minta balasan,
bila tidak dpt dipenuhi,
kau berpaling arah,
kau lupa persahabatan kita dulu?
tentang bagaimana aku bercerita tentang kisah aku n kau bercerita tentang masa silam kau,
kau fahami aku,
aku fahami kau.

tapi kenapa kau jadi begini?
apa salah aku?
apa dosa aku pd kau?

aku tak pernah menganggap kau musuh,
aku tak pernah menjadikan kau lawan,
tapi kau,
kau tega utk tidak kenal aku lagi,
utk pura2 lupa akan semua nya.

di mn sahabatku yg ku kenal dulu?
di mana?
di mana?

kau telah pergi jauh,
sgt jauh,
sehingga aku tidak mengenali kau,
kau yg dulu bukan kau yg aku kenal.

-

Tuesday, November 10, 2009

orgorg


orang-orang itulah nama panggilannya yg ku beri
berwarna hijau senyum selalu
kenapa hijau?
hijau kan alam sekitar
bersama dgn warna warni kehidupan
ada yg manis, masam, pahit n mcm2 rasa
sentiasa tersenyum menunjuk muka bukan bermaksud hipokrit
bertiga, berempat beramai2 lagi bagus
aku dapat dari cabutan bertuah
disitulah ku jumpa org-org hijau ni
p/s: aku sebenarnya xtau aku ckp apa ni
merapu sbb x dpt bukak farmville.waaaa

cerita dua ekor budak



seorang yg ingin menjadi sebahagian dari UFO yg ingin mendarat ke bumi
mendarat utk menguasai bumi
utk menjadikan bahan ujikaji dan eksperimen
teknologi maju serba canggih
utk kegunaan masa hadapan
boleh main golf? boleh main psp 10?
tapi mungkinkah terjadi??
dapatkah dikuasai??
mcm mn ni??

dtgla seorang perwira
sgt ganas lagi sgt kuat
selalu ingin menjadi penyelamat dunia
agar jadi aman & makmur utk manusia sejagat
bila dtnya
"adik besar mau jadi apa?"
katanya dgn bersungguh dgn cita2nya
"adik mau g jepun, kawan dgn otromen lawan raksasa"
hebat sungguh
super HERO
haha. sungguh pelik tapi benar cita2nya
penyelamat DUNIA
Go!Go!Go


aku hnya mendengar apa yg dperkata
oleh budak dua ekor ni
kadang kita dgr pun ntah apa2
jadi bila aku sudah mamai
ngantok dgr dorang ckpa pa
aku amik bantal
aku ia2 kan ja
buat2 dgr tentang cerita masa depan
lama2 mcm berat mata
aku pon tido
maaf ya adik n abg.
end.
hahaha.cerita dua ekor budak.

Wednesday, November 4, 2009

merdeka??


hari ni adalah hari kemerdekaan utk kami budak2 minor counseling and budak2 minor music..


berhempas pulas menjawab exam yg boleh memecahkan kepala utk mebaca n menghafal suma theory2 yg aku rasa boleh botak kapla taw..


d saat inilah aku rasa agak kelapangan. aku rasa worst skali sbb aku dahla sakit time nih. pinggang aku sakit balik. huhu..takot gak. doktor biasa pon xtau apa sakit aku. siap ckp kat aku.


"sy pon x pasti awk sakit apa. awk ni sakit apa ye?"


apa punya doktor tuh. org sakit tnya kat dia, ni dia plak yg tnya aku balik aku sakit apa. kalau aku taw takdanya aku dtg jumpa ko lah doktor. dia nak g refer to pakar saraf utk tengok pa kebendanya kau smpai sakit2 pinggang nih. ada gak yg gelak sbb aku jln mcm nenek2 atau mcm org pregnant. huhuh. tapi sakit weh. sakit sgt2. sampai ko rasa boleh pengsan. nak membuang air yg kecik pon susah apatah lagi yg bukan kecik. nak tido lagi la jadi masalah. sakitnya mcm ko kena seggugut yg sampai x leh bangun, just tambah sikit kesakitan tu n plus kat blakang ko plak. at least kat depan bole penggang tahan sakit, kalau kat blakang? sgt azab eh. ni second time aku kena attack yg teruk. yg first time tu plg teruk aku dpt seumur hidup. punya sakit mcm nak tercabut nyawa. padahal time tu aku nak duduk kat kerusi ja. nak bangun dgn kudrat aku bersusah payah utk study coz esoknya ada test. tapi mmg x leh stdy n pelan2 balik naik katil. x boleh tido. dah la test pagi. aku taktau la apa yg lekat kat kepala aku utk jwb nnt. tapi bila masa nak bangun utk g mandi aku x boleh bangun. ya Allah, aku ingat time tu aku dah lumpuh sbb mmg x boleh bangun langsung coz sakit sgt2 n amat2. aku call kat lect aku yg aku tak boleh amik test ari tu coz x boleh bgun dr katil. dia pon risau gak. tp aku ckp kalau smpai ptg aku still x boleh bangun lagi aku akan call ambulance. masa tu nasib baik dah sedia air n ada pain killer kat tepi katil. aku mkn tu ja la. n nak dekat2 tgh hari baru aku baru bole gerak2 sikit bangun. huhuh. bila ingat balik, x sanggup weh. sakit gila. then masa final nih, aku tak sempat jwb paper kedua semuanya disebabkan g toilet punya pasal. dah x leh jln laju2 sgt. huh. kisah silam yg perit time tu.

tapi sekarang aku dah beransur baik. mak aku hantar ubat dari twu bg kat aku. trima kasih bunda. i love u. dgn ubat tu lah aku menahan sakit pinggang aku. mudahan aku cepat sihat. maybe aku g check bila kat tawau kot. xtau lagi. tapi aku tetap akan g gak. x tahan kalau kena lagi.


huhu. selamat HARI MERDEKA..

Sunday, October 25, 2009

syhHh...~~~


bila kita ingin didengar adakah kita salah?
mendengar bukan bermakna menyelesaikan,
mendengar bukan utk dipertikaikan,
sekadar hanya mendengar,
kita dengar yg mana mampu,
kerana mendengar tidak berarti kita batu,
mendengar bukan kita tak ambil tahu,
tetapi bukan juga tak peduli,
bila kita mendengar kita boleh jadi gembira atau sebaliknya,
mendengar sesuatu yg baik adalah lebih bererti,
pendengar yg baik tidak mengkritik,
pendengar yg baik sabar dgn apa yg perlu didengar dan akan didengar,
kita mendengar, didengar dan diperdengarkan.


p/s: how 2 teach listening. (^_^)



hasil buatan tanganku. =]

Wednesday, October 21, 2009

bOO-Ney-auNt

bunian. apa yg dimaksudkan dgn bunian? makhluk halus yg tinggal d hutan? @ segolongan manusia yg mempunyai kuasa magik la katakan? @ hantu2 yg bergelimpangan d mlm hari?

siapa org bunian?di mn tempat tinggalnya? dari mn asal usulnya? smapi sekarang belum ada bukti yg sahih n apa2 kenyataan berkaitan hal ni.

org tua2 ckp, org bunian ni kalau lelaki nya hensemmm, segak bergaya (mcm brad pitt, nicholas saputra, aaron aziz). hohho n kalau yg perempuan plak cantik, putih gebu, mcm top model lah katakan. (hanis zalikha, nasha aziz..=) ).ngehehe. dorang pun cm manusia gak, ada kampung halaman. ada petempatan sendiri. mesti seronok kan kalau dpt tgk, n kalau hari raya boleh g kunjung mengunjung. org tua2 gak ckp org bunian ni suka mandi kat tempat air terjun, bila mlm bulan mengambang dorang kan g tempat2 air terjun utk bermandi manda. xtau la betul @ x. org ckp tempat tu akan bercahaya, air tenang ja n boleh dgr suara gadis2 gelak lg. (jd memandngkan dorang slalu mandi bila bulan mengambang, maksudnya bulan mengambang 1 kali = mandi skali?). haha. sebulan sekali je la mandi? gila jimat. (opinion ja)

aku pernah dgr gak org bcerita pasal bunia ni. dorng ckp bunian ni bukan sembarangan nak tunjuk muka kat manusia @ nak amik manusia masuk ke alm dorng. dorang pilih org taw. mcm ada certain2 criteria yg perlu ada utk dpt tiket masuk g alam bunian. cthnya:

- mestilah seorang yg baik hati
- hati yg suci putih bersih
- n PLG PENTING badan org tu xda parut, licin je (org tua2 yg ckp, n aku pon pelik knapa)

tu lah antara yg aku pernah dgr, maybe ada lg kot tp aku taktau. nak masuk alam dorang ni pun pelik. OTT (org tua2) ckp yg masa kat alam orang laen dgn alam manusia. cthnya, satu minit mcm sehari, @ vice versa.

pernah aku dgr cerita yg ada sorang mamat ni nak potong ayam utk dmasak kenduri d umah beliau. dia dgn semangat waja dgn isteri beliau pergi ke tepi sungai utk membersihkn brg2 makanan. si isteri membawa bakul yg penoh dgn sayur2an yg hendak dibersihkan. si suami n isteri ni pun pergilah memulakan kerja2 dorng. dlm masa si suami ni nak memotong ayam, tiba2 dia ternampak benda yg berkilat2 d tepian sungai tempat dia btenggek nak menyembelih aym. dia pun heran, jadi tgn dia pun mancapai2la ke arh benda yg berkilau2 tuh akibat rasa kehairanan beliau. dgn x semena2 tgn nya mcm kena tarik masuk ke dlm sungai tu. si isteri x sedar sbb kusyuk sgt cuci syur mayur tu. yelah nak cepat, dorang dua je yg ada nak siapkan suma kerja.berbalik pd cerita si suami, dia rasa dia da mati sbb tamsuk kat dlm sungai, dia tersedar n menggosok2 matanya. dia ckp "syukur akku hiup lagi, tp aku kat mn ni?" dia hairan kat tempat tu dia nampak terang benderang, cantek, n tiba2 dia didatangi seorang pompuan cantek. n biasalah, da nampak pompuan cantek. dia terlupa yg spttnya dia bukan ptt berada d situ tp ptut sembelih ayam utk majlis kendurinya. dia pun tinggal la d situ n pompuan cantek tu ajak dia kahwen. bermulah kehidupannya d situ dgn isteri baru n keluarga baru d kampung tu. n pd satu hari dia tersedar yg dia harus pulang segera ke rumahnya. isterinya d sn mesti keseorangan. mesti isteri ckp dia hilang tanpa berita. dia pun mintak izin kat istri baru dia utk pulang kampung. si istri baru pun dgn berat hati merelakan n tunjukkan jln keluar dr kmpung tu. dia pun dub dab dub dab takut istri pertama nya marahkan dia yg sudah lama menghilangkan diri tanpa khabar berita. cara dia kluar dr alam bunian tu smlah seperti cara dia masuk. sblom dia pegi, si istri baru sempat bgtau kat dia yg selama ni dia tinggal d kampung bunian, n istri dia harap bila dia balik ke umah nya dia xkan bgtau sapa2 pasal hal ni. sampai ja kat tepi sungai tu balik tempat dia nak sembelih ayam tu, dia tergamam, x percaya apa yg dia nampak. betol ka ni x. dia nampak istri dia masih lagi dok kusyuk cuci syur, dlm hatinya berkata "biar betol bini aku nih, da lama aku tinggalkan dia smpai skrg asyik dok cuci syur aje.". dia pun panggil la istri ia. "milah,oh milah, x siap2 lagi cuci sayor2 tu ke?" si istri pun menoleh ke arah si suami. "alah abg ni, x smpai lima minit pun la org dekat cni cuci syur, kena cuci bersih2 krg berpasir" jwb si sitri. si suami tadi jadi terkejut dgn penyataan si istri. dlm hatinya berkata lg " x smpai 5 minit? aku da siap kahwen lagi dgn pompuan cantek tu, rasanya da btahun aku tinggal kat sn. biar betul si milah ni". psoalan tu masi lg jadi tanda tnya (*xtau crita ni btol @ x, OTT yg crita kt aku)


pernakah nda mendgr cerita sebegini, tentang manusia bkahwin dgn bunian? @ dpt ank bunian? tidak kah anda rasa ianya logik? @ maybe org dulu2 suka buat cerita tentang hal2 yg sedemikian utk mengelak anak2 ari bmain d luar rumah smpai senja mlm. maybe la.

sekrg ni kat TV3 n TV9 tgh maenkan cerita "Puteri Bunian". sebenarnya kau x berapa fhm tentang cerita tu coz bg aku cerita tu mcm pelik. knapa aku ckp mcm tu:

- tiba2 hawa yg merayau2 djumpai adam n bw balik umah
- hawa jadik org gaji bila tiba2 org tua adam balik dari bercuti
- jln cerita yg terlalu cepat cth, mak bapak adam balik, jumpa hawa marah sbb amik org gaji suka ati, mak adam uruh2 hawa buat itu ini n mrh2, tp ada 1 ms dia terus jd baek kat hawa, n lm ms yg sm si adam ni da suka kat hawa n akak dia bgtau hasrat adam nak kawin dgn hawa dgn mak bapak dorng. 1st x suka tp tiba2 ada scene tu mak adam tros peluk dia. n dorang kahwen. si aam pttnya kahwen dgn lisa x jd. batal mcm tu ja wlaupon at 1st mak si adam ckp xda org laen bole kahwen dgn adam melainkan si lisa tu.
- cerita dia ntah apa2
- tapi nora danish sgt cute, manis bila bertudung. aku adour tudung dia. (seyes dia mmg lawa)

itu pandangan aku la utk cerita ni coz seblum ni aku slalu ikuti hikayat2 ni, mcm dyg senandung n sebelum2nya.
tapi bg org yg suka tgk drama series ni silakan n teruskan. nnt bila da habis boleh cerita kat aku ending dia. hehe. malas nak ikut tapi nak tau gak ending dia apa. =]. cerita2 rakyat mmg patut d dramakan mcm TV# sedang buat ni. aku sokong supaya kita tak lupa cerita2 rkyat yg ada d msia ni. =].

Tuesday, October 20, 2009

kalau lah aku..

bila apa yg kita inginkan x dpt apa yg kita rasa?

mesti kecewa, sedih n ckp, "kenapalah nasib aku ni slalu jd mcm ni.."

sumtimes aku pun slalu berfikir begitu sebenarnya..
bukan ckp aku ni tak bersyukur dgn apa yg aku ada n apa yg aku miliki..
just kdg kita teringin benda tu kita nak benda tu sgt2 tp x dpt..
maybe sesetengah org ada yg minta sesuatu, inginkan sesuatu terus dpt..
@ maybe ada yg x minta pun dpt..that's we call LUCKY..

bila bckp pasal lucky, x semua org dpt ke'LUCKY'ian tu..sumtimes it just happen to a person..
n kita pun x boleh nak buat apa2 spt marah, benci, geram n rasa annoying tgk org yg dpt LUCKY tu..
coz maybe tu dah jd takdir dia..mcm org ckp..kita tak ada apa yg dia ada, n dia pun ada jugak benda yg kita ada dia tak ada..
kdg mmg x dinafikan..tgk org yg mcm tu..wahhhh..sumpah best gila dia ni kita ckp dlm hati..
kalau aku jadi mcm dia,,,kalau aku,,kalau3,,,
suma KALAU aku jd MCM DIA..
kita mmg x boleh tolak perasaan mcm tu..sebebnya kenapa?
kita manusia, kita x boleh lari dari perasaan yg ingin kita juga dpt apa yg kita mau..
kita manusia yg tidak pernah puas, yg ada apa yg dimiliki tetapi ingin lebih..

aku telah memohon biasiswa yg membolehkan aku menjadi seorang pendidik bila grad nnt. no doubt yg aku boleh mengajar. tapi dua2 biasiswa yg aku pohon ni dua2 x dpt. 1st adalah KPM n 2nd adalah KPT. ntahlah, maybe bukan nasib aku n bukan rezeki aku utk dptkan biasiswa ni.
mmg aku teringin sgt, teringin nak dpt biasiswa sbb aku pun bukan dr keluarga yg berada. so, dgn biasiswa boleh lg membuat hidupku d alam pengajian lebih baik. tp x dpt. hampa ada kecewa pun ada.

x apalah. aku sudah cuba yg terbaik utk dpt. tp dah bukan rezki nak buat mcm mn. maybe ada hikmah aku x dpt biasiswa. who knows in d future n only Allah knows everything.

Monday, October 12, 2009

...

aku masih d sini..

masih binggung.

masih keliru.

masih lagi begitu.

apa? mengapa? di mn? bgaimn? bila?

aarggghhh..sudahlah...hentikan!

aku penat.

aku lelah.

pergi.

jauh dari aku.

..haih..~~~ >< o ><

aku sgt tension

kerja byk betul nak dihantar

byk betul nak dibuat

byk betul ..sgt byk...

exam ujung bulan ni da start

aku lom ready n hidup masih lintang pukang

Wednesday, October 7, 2009

Kisah Ku

ini kisah tentang aku,

yg cintanya kandas slalu,

kepada para pencinta,

dengar laguku,

apa ku tak pantas dicinta?

apakah diri ini tak layak mencinta?

apakah mmg tak ada cinta utk diriku ini?

perjalanan cinta ini,

akan terus ku lewati,

duhai kau para pencinta,

dengarkan aku,

apa ku tak pantas dicinta?

adakah diri ini tak layak mencinta?

apakah mmg tak ada cinta utk diriku ini?

menyebakkan,

menyedihkan,

menyenangkan,

apakah ku tak pantas dicinta?

apakah diri ini tak layak mencinta?

apakah mmg tak ada cinta utk diriku ini?

apakah ku tak pantas dicinta?

apakah diri ini tak layak mencinta?

apakah mmg tak ada cinta utk diriku ini?

sudahlah,

biarkanlah,

resah ini hanya utk,

AKU.

Monday, October 5, 2009

-undescribeable-

kadang2 kita tak perlu ckap byk2 utk menunjukan reaksi @ sikap kita kan?

kadang2 kita fikir cara kita mungkin betul, mungkin sesuai tapi kemungkinan itu boleh disangkal, boleh berubah..

kadang2 kita berasa yg kita ni di puncak dunia dan slalu juga kita merasa yg diri kita jauh nun di bawah sana..

kadang2 kita lupa pada sesiapa disekeliling kita, kita lalai dgn apa yg ada di sekeliling, kita tak hargai apa yg kita ada n kita tak bersyukur dgn apa yg kita dpt..

kadang2 susah utk mengerti apa yg bermain di hati, apa yg difikir d otak..

kadang2 kita tak faham seseorang walaupun sudah lama berkenalan n kadang2 org yg baru kita jumpa menjadi satu kepala dgn kita..

kadang2 kita ingin lari, kita ingin lesap n kita ingin pergi dari segalanya..

kadang2 kita rasa kita tak punya siapa tapi kadang kita lupa, kita ada Allah, kita ada keluarga n kita ada kwn2..

kadang2 kita rasa kita boleh buat yg terbaik tapi hasilnya kadang2 tak seperti yg kita harapkan ataupun kadang2 ia jadi yg sebaliknya..

kadang2 kita lupa pd diri kita, kita juga punya hati, kita juga punya perasaan, kita juga punya keinginan n kadang juga kita terlupa org lain juga mempunyai perkara yg sama seperti yg kita mahu..

kadang2 melihat pd dasarnya kita tidak semestinya kita akan jumpa pada pangkalnya kerana kadang kita terjumpa pada benda2 yg kita rasa tidak logik @ tidak masuk akal..

kadang2 kita lupa yg kita ini hanya insan biasa, merancang tapi bukan yg menentukan..

ingat pd Allah,ibu,ibu,ibu,bapa InsyaAllah selamatlah kita..

..Amin..

Wednesday, September 30, 2009

keSEGARan nyAta diaLaMi..




























kehijauan yg tergambar menyatakan kesegaran yg d'alami
hijau = segar
segar = bugar
hargailah kehijauan yg ada di bumi ini kesebelom ianya terlambat
menjadi kerepot, kecut n tidak berwarna lagi..
*semua d'ambil menggunakan kamera biasa sy







Thursday, September 17, 2009

piCtORe









aku baru belajar mengambil gambar. hanya menggunakan camera biasa shj..bkn mcm slr.
tpi kalau ada rezki cukup duit aku pun nak beli camera spesis mcm tu. seronok gila kalau dpt. belajar n berusaha utk teknik mengambil gamabr yg betol n cantek..^_^



beronok-ronok sblom cuti sem lalu

jauh perjalanan luas pandangan utk cuci mata..hehe..



komuter yg dnaiki utk pergi beronok-ronok sblom balik cuti sem


kimi, motif??


kimi yg SENGAL

persiapan utk g maen scating


kami berempat kat over d sea nih.

meluncur dgn gumbiranya.^_^


{adila, syaza, iza}... yg terbaek..^_^


d the hutz


kimi yg sememangnya sengal


ternampak cincin idaman tuh..huk3..


model jual beg --> dila...=]..hehe..



Tuesday, September 15, 2009

ReCyCLe


mesti org yg terbaca tajuk entri ini berfikir yg aku akan bercerita ttg recycle kn?.. ada tong biru, coklat n hijau (malaysia), kat negara laen mcm pic kat ats tu warna dia laen, ada kuning merah n biru....tapi kita sebagai masyarakat yg bertamadun n semakin maju perlu lah mnyokong recycle utk kita jd superhero yg boleh mnyelamatkan bumi..tidak perlu bertumbuk2 mcm superman @ pun batman utk jadi heroes dunia..kita hanya perlu play our role as a good human being that love the earth n trying as much as we can to save the earth..



bila bercerita ttg perkara yg d angan2 kan mesti byk yg ada dlm fikiran kan?


dari kecil smpai sekarang ni kita dipenuhi dgn bermacam2 angan2 n perkara yg terlintas d minda kita..boleh dikatakan setiap saat ada saja benda yg difikirkan..otak bekerja utk berfikir dan membayangkan apa yg kita fikirkan..


cuba anda kira..sudah berapa byk benda n perkara yg bermain dlm otak anda tp tidak pernah anda lakukan?..mesti byk gila smpai tidak terhitung oleh calculator kan?


kalau bercakap tentang barang yg tak berguna, anda rasa sudah berapa byk barang yg anda buang @ pun x pkai dah?..sedari lahir smpai sekarang..silalah calculate kalau boleh..


pernah kah anda membayangkan, perkara yg pernah terlintas n barang yg anda tidak pernah hilang selama ini..walaupun kita delete dari otak kita ia tetap tersimpan di suatu tempat yg dikenali sebagai "recycle"..


tempat ni adalah sebuah tempat di mana tersimpannya barang2 yg anda sudah buang @ xmau @ apa yg anda pernah terfikir, terlintas d fikiran anda tetapi anda tidak pernah melakukan nya..


mungkin anda rasa tempat sebegini seronok bukan?..anda boleh jumpa benda yg lama anda tinggalkan..anda boleh nampak benda yg anda imiginasikan..TAPI INGAT...tempat ini bukan sahaja menyimpan brg n imaginasi kita shj tetapi juga brg2 terbuang, yg d'lupakan n juga imaginasi org laen..tidak semua yg kita benda yg terlintas d fikiran kita yg baik2 sahaja (jgn fikir bukan2)..contohnya terfikirkan seekor makhluk yg bertaring panjang, berbulu lebat, berkuku panjang n pantas berlari..bagaimana anda mahu melepaskan diri?..kalau anda dpt pergi ke tempat yg bernama RECYCLE ini...anda rasa anda mcm kat dlm prison break tu kah? @ pun Lost..


perkara sebegini sudah difilemkan..silalah cari movie yg bertajuk "RECYCLE"..bukan sebuah tempat fantasy yg menarik..
.... fikir2kan...



Wednesday, September 9, 2009

Di PERANTAUAN...


di kala org tgh bergembira menghitung hari bila nak balik kampong..


aku pulak rasa mcm X BEST..sebab...AKU TAK DPT BALIK BERAYA KAT KG AKU...


huhuh...tahun ni aku x dpt balik beraya..balik bukak posa pun dah lama dah..

hurmm..


aku dah tak berapa ingat dah berapa tahun tak pernah balik berbuka posa kat kampong tuh..


aku start posa masa umur tadika satu...aku ingat lagi masa tu..posa setengah hari ja..

balik ja dr sekolah trus minta mcik narek (pembantu umah kt org dlu) watkan air n yg paling best letak ais tu dlm botol susu..hehehe..air milo ka..ribena ka..tapi tu masa tadika 1 la..naik tadika 2 aku dah tak minum air kat botol susu..coz cikgu aku ckp dia tau sapa yg masih lagi guna botol susu...tapi posa pd masa tu masih lg setengah hari..adala dlm beberapa hari yg berselang posa penoh...


naik ja darjah satu aku da start posa penoh...semangat gak la time tu..hari demi hari dkira sebab raya punya pasal...bila dah nak dekat2 raya..apa lagi..aku sebok dgn main bunga api...g main lompat2 sn cni...tp dgn mak aku ada kat sn jd supervisor...dia tak bg kt org main kat bwh sorng2..aku ngan adek aku begitu gumbira skali...biasanya kita org akan g umah mcik aku..kat sn aku ngan spupu aku plak g maen bunga api puas2...sgt rasa terbest la klu time2 raya nih...

dgn mkn kuih muih yg bermcm rasa n bentuk..dgn ketupat, nasi himpit kuah kacang n mcm2 lagi lah...



tapi..bila dah semakin besar..bila dah belajar jauh..raya ni bukan dah tak bermakna bagi aku..just kemeriahannya dah tak semeriah ms kecik2 dulu...yg eager sgt nak raya...baju mesti nak baru..kasut lagi..cekak rambut lagi..reben la..apalah..suma nak baru..tapi sekarang..dah lain..

tahun ni aku tak buat baju raya...tapi maybe dpt kot sebab ada org bg..aku takda intention pon nak g tgk2 baju raya n shopping2 mcm org lain...klu g mall ja mesti org ramai gila berpusu2 g beli n belah..apatah lagi dekat "DIN SAYA" bak kata dila...mmg RAMAI GILA ORG (org yg tersgt ramai)...nak bayar pon susah...



kesiannya nasib d perantauan..bila ingat masa kecik2..hari raya adalah hari yg plg gembira skali kat dunia..adakah anda merasakan begitu??...hurmmmm..tak tau la..maybe aku g ikut abby g kedah..dia ajak g sn...or maybe aku stay ja dekat umah sewa kat flat nih...ntah la..aku bukan taknak beli tiket awl..tapi hari tu UiTM sendri ckp jadual akan berubah n d'ubah disebbkan cuti mid sem d'awalkan..dorng ckp nak potong cuti raya..so..aku tak beli la awl..tapi bila dah beli lambat..harga tiket akan melambung tinggi lah..last check utk tiket AirAsia return frm LCCT-TWU berharga RM 1227++...n for MAS RM1350++...tu pasal laaa....waaaaaa....


mood raya aku semakin hilang bila kau tak dpt balik beraya kat kampong...aku rindukan MAMA, adik aku, kwn2 aku..n umah aku n bilik aku na kuih muih n mkn2nan yg sedap2,..pokok..aku rindu semuanya....

AKU NAK BALIK JUGAK....!!!!!!!!!....waaaaaaaaaaaaaaaaaa.....



Monday, August 31, 2009

apakaa???

bila memikirkan benda tu aku jadi marah..

tapi bila d[ingat2 balik aku ni puasa.so kena la kurang kan apa yg d'ingat td..

apa sebenarnya masalah?apa sebenarnya hal yg x kena?apa??

kadang kita rasa diri kita adil..utk kita dan org lain..tapi sebenarnya kita tak tau apa yg kita buat seimbang atau tidak...

berkata mmg mudah..berbicara apatah lagi..membuat org sebegitu rupa bagus kah??

jika satu hari nnt ia berbalik pd kita, apa kita rasa??

seronok?sgt seronok?terlalu amat seronok?

sekarang kita tak rasa..sebab belum kena batang hidong sendri..tapi bila dah kena..baru kita akan berfikir balik perkara sebelumnya...

itulah manusia kn?kena kah manusia jadi begitu semua?

aku....hmmmm...ntah...

Wednesday, August 26, 2009

sedang kita mencari siapa diri kita
kita akan berjumpa dgn bermacam perkara
bermacam-macam masalah dan juga bermacam-macam ragam manusia
ragam manusia?
boleh diklasifikasikan dgn mcm2 maksud..
ada yg suka buat kita tertawa, ada yg suka marah, ada yg juga yg buat tak tahu dgn apa yg berlaku..

tapi kita hanya manusia..
melalui hidup ini sudah menjadi kepastian
bila tiba masanya kita pergi
kita akan menempuh perjalanan yg lain pula

mudahan pa yg kita tempuhi
menjadi pengajaran pada masa akan datang..

Saturday, August 22, 2009

kiub si rubik

pernakah anda mendengar rubik's cube?



hurm...maybe ada yg xtau n ada yg tau..



aku sekarang ni tgh behempas pulas nak tau mcm mn nak jadikan suma warna tu complete dlm masa yg sm...

ada yg ckp senang, ada yg ckp susah..

bagi aku susahlah..walaupun aku da tgk demo kat youtube tu aku tetap x bleh completekan si kiub rubik nih...

org kena demo face 2 face n pelan2 kat depan mata aku baru aku boleh faham n tros ingat..

dari smlm aku try2 buat...x menjadi..huk3...seday..pening palak ku smpai masuk2 dlm mimpi...

still sampai sekarang aku boleh buat half ja...waaaa...sgt tension u know...

kiub ayam knor tu lagi senang nak bukak n tutup...huhuh....

aku akan berusaha lg nnt...chaiyok!assignmnet esok nak hantar tapi 1 pon aku tak wat lg...
matey la nih...

Wednesday, August 19, 2009


gambar ini d ambil beberapa bulan lepas...
maaflah kwn2..lmbat upload...
sgt best n seronok...=]

????

aku berfikir n terus berfikir...

ntah apa yg aku fikir..tapi aku pasti apa yg aku fikir adalah sesuatu yg perlu difikirkan..

walaupun kata org ada benda yg tak perlu kita fikirkan..

tapi x semua org berada pada tahap yg sama utk tidak memikirkan perkara yg difikirkan itu..

walaupun kadang2 rasa terlalu penat utk memikirkan...

aku gagahkan diri utk berfikir n kadang berusaha utk tidak memikirkan kerana terlalu byk benda dlm fikiran..

fikiran kita berbeza..pemikiran kita tidak sama...

ada yg rasa perlu utk memikirkan n ada yg rasa tidak payah utk fikirkan..

fikir2kanlah...

Monday, July 13, 2009

pEn meMandu kue...

kadang2 aku rasa apa yg kita rasa tak semestinya betol..

ya..mmg begitu..tp kdg2 ada gak yg betol..

kemarin mmg sad day aku rasa wat aku..pendrive aku kena curik...
huhuhuh...aku ttinggal kat lab com..then ptg tu baru aku sedar aku tak cabut pendrive tu sblom log out..

mcm mn aku tau kena curik?

begini...smlm..aku balik ke lab com utk tgk..mntau ada kat computer yg aku duduk tu lg..tapi malangnya xda..then aku tnya counter mntau ada org letak pendrive aku kat sn..coz biasanya sapa2 tjumpa pendrive yg ttinggal akan letak kat counter..tp sklai lg malang sbb xda pon pendrive aku d sn...sob3...T_T..

so aku trus tampal notis yg sapa2 jumpa pendrive aku tlg sgt2 bg balik...
hari ni aku ke tempat kejadian coz nak tnya ngan org counter yg jg masa aku guna computer sbb time aku tnya2 1st2 tu org lain dah amik alih duty...

aku g la ke computer yg bnumber 8..tetiba mata aku tpandang sumthing..
aku nampak nama pendrive aku kat computer tu..
aku suru budak yg tgh guna tu tlg bukak..sah2 mmg suma isi2 yg kat pendrive tu dia transfer masuk ke computer..huhuh...kejam...pendrive 1 gb pon ada gak nak amik...tp xpala...yg penting isi2 kat dlm tu ada...

fuhhh...t.q Allah...bukan senang nak kumpul kerja dr part 2 n 3..suma tu ada kat pendrive tu...
nasib baik la gak dia transfer sblom mencuriknya...

dia rasa pendrive aku tu gempak kot..coz ramai org tak pernah nampak pendrive mcm tu..kot laa...

tapi aku syukur coz data2 suma ada...

hmmmm......

Sunday, July 12, 2009

sekarang da nak masuk minggu ke-2 utk sem ni..
presentation da nak mula dah..
n aku masih terkapai2 lagi..
tak suma subjek boleh daftar coz PENOH..bole x?
ckp suma budk counseling kena msuk group A SHJ..tapi mcm mn plak bole penoh sedangkan lom suma lg yg register masuk..aku pon dah pening...

mmg sem ni byk benda baru nak wat...subjek yg dpt pon aku byk x phm..n pelik gak..
ntahla..mudah2an aku dpt wat yg d best la...

aku still GERAM GFILA BANGANG dgn pengurusan ni..
adakah aku dah penat2 dan bersungguh2 ikut SUA sem lalu yg menjanjikan 1 credit hour (A) utk last sem aku boleh fail..
punya aku sakit hati..boleh plak dorang kat ckp miscomm utk data..
punya mcm hapa kerja dorang...
pointer jatuh pasal nih..
aku tak tau nak wat apa lg...
da balik2 g jumpa dorang uruskan benda nih..
ms jumpa ja asyik suruh tggu2..tgu2..n tggu..
geram tahap gaaaaaban sudah nih...haihhh~~~~
tension!!!!!!....huh...bukan aku ja yg kena...anis n farah pon sama..
kt org da naik muak da jumpa pengurusan..asyik dok ckp benda yg sama..

klu bneda ni tak jejas apa2 xpa gak,..ni...huhuh...
nak daftar co-co utk sem ni pon x leh coz dlm slip suru amik balik KESAT ngong tuh...huh...mencabar kesabaran sungguh...

skang ni doa2 ja la...
hope suma dpt settle dgn baik..



Wednesday, July 8, 2009

sem baru bermula lg...

da lama aku tak tulis blog..
umah takda internet..nak g cc malas...
tu yg mcm bzaman x update blog..
cuti mmg best..boleh lepak kat umah n wat benda2 yg aku suka..

cuti ni aku lambat balik sikit g kg coz my mun n sis dtg cni jap..
nak tgk my new house..
aku da siap pindah umah baru..n skg mempunyai sikit probs utk cari org masuk umah baru aku..
skg d dlm proses mencari la nih..
huhuhuhu...susahnya org nak masuk...

byk benda nak ckp sampai tak tau nak tulis apa kat blog nih...
sem baru bermula n aku harap azam baru utk sem nih..
smoga dapat yg terbaik n wat yg terbaik..
mudahan..

apa lg arrr...hurmmmmm.........
.......

Monday, May 4, 2009

last day of my paper...


td paper couselling adalah paper t'akhir aku utk sem ni...
perghh..gila KENTANG susah..wlaupun ada gak yg ckp..bolela..
tapi aku rasa tules n jwb mcm tah apa2 td...even yg simple2 pon aku x ingat...
aku tawakal ja la...mudahan suma lulus..mudahan2...amin..

wokeh..hari ni aku nak cerita pasal angan2 kt org (aku n dila) utk mbuka business..
ntah idea tu dtg mcm tiba2...n dila t'inspire dgn org yg jual brg online..
spt: baju, seluar, aksesori, beg n mcm2 la..
pokoknya suma boleh jual...

dia cdgkan aku supaya wat n jual brg aku mcm tu..
klu nak tau aku ni suka beli brg..n yg plg bgusnya, aku slalu beli tapi x pkai2..
contohnya spt: baju..aku suka sgt beli..tapi jrg n ada yg pernah aku tak pkai lagi..(tabiat yg buruk)
so..dila suruh aku jual online brg2 yg aku rasa aku xnak tue,..
alah..ala2 bundle tp yg canggih cket la..coz online la katakan...
hurm...mcm ok gak..tapi xtau la..
jadi ka x...heheheh..angan2 ja la...

td kt org g libry..g carik novel yg boleh dpinjam utk dbaca...
jgn silap plak ek..wlaupun aku amek tesl..tak bmakna aku kena pinjam novel bhs inggeris..
heheheh...aku pinjam novel mlyu..wlaupun org ckp novel mlyu x mngembangkan minda baca tp aku nak gak..sumtimes it will make me to live in a fairy tale at a moment...
xpa2..lain kali aku pinjam novel english plak..

dlm ms mencari2 buku tue...c dila pon tjumpa dgn buku2 yg menarik minat..
spt: buku masakan, sulaman, kraftangan n bla3...
tcetus lah lg idea kt org nak bbisnes nih...
kt org tgk buku pasal lilin..cantek seyy...
wat pengetahuan..aku pandai wat lilin..yg utk decoration..
wlaupun x s'hebat kedai..aku mampu gak menghasikan lilin yg beraneka warna n saiz..
hehehe...seyes aku suka gila wat benda2 mcm nih..
jahit2 gak..manik2 ka..aku suka...pelik kn?
pttnya aku tak amik tesl.amik kursus laen...
tp xpa..sumanya mungkin...

hurm...habes crita pasal impian berbisnes...
klu jadi insyaAllah..aku akan wat blog jual menjual plak...heheheh...
esok nak g jenjalan dgn dila n kimi ke sunway n sungai wang kottt...
tapi g sunway wajib..nak main ICE SCATING...
heheh...x sabar..da lama nak g..tapi just xd masa..bz gila sem ni...
assignment yg btimbun, so xda masa nak g mn2...jd..inilah masanya...
pas habes bsuka sekejap nih.
aku akan start bkemas..nak pindah umah..x mampu nak bayar uma sewa yg mahal nih...
huhuhu..nak carik org lagi 1 hal...
xpala..mudahan dbukakan pintu kesenangan utk aku n suma org gak...amin...

p/s: x sabar tggu mama n adek nak dtg sini..
nak g jenjalan dgn dorng..hehehehe...

Wednesday, April 29, 2009

~~~...wOnDerPet...~~~

korang kat uma ada pet x? (haiwan peliharaan)
aku tak tau napa tiba2 nak bercerita pasal haiwan peliharaan a.k.a pet ni..
maybe lepas membaca entry angah kot..coz dia bz dgn baby pet barunya..
lionhead goldfish..(rasanya tu la nama ikan tu kot)

al kisah.,start aku kecil smpai skrg mak aku suka sgt dgn hewan2 nih...
bole dkatakan mini zoo la masa dlu2...cuma mak aku skg tak aktif sgt dgn hewan2 dah..
dia sjg aktif menanam bunga..(dlu perkara yg dia plg nyampah dgr)..dia plg suka tanam bunga orkid n "bunga terkini" (nama saintifiknya aku x tau, tp kat hometown aku pggl nama tue)..
sgt la suka dia smpai boleh dia cerita pada aku..

pada satu pagi ahad d mn kat tempat kita org akan buka pasar tamu..kat sn mcm2 proses jual beli djlnkan..dr jual mknan, perlatan, ubat2an n sumala yg dimau..mak aku pergi la ke pasar tamu..then mak aku kol aku bila smpai kat uma...

mak: "za..mak tadi g pasar tamu.."

me: "owh..ya?bestnya..klu ada d sn kan best..ble ikut..mak beli apala?"

mak: "xdala..teman c wak puan (my aunty) beli brg..tapi kan.. tadi mak tgk ada satu "bunga terkini" tu cantiknya za...warnanya baru lagi...mak xda yg begitu warnanya..klu mcm tu mahal sbb bunga baru...hurmmm..BerLIURNYA mak tgk bunga tue..

at dat time im shocked...owh mum..u've change...dlu dia sgt x suka bila dsuru berkaitan tanam menanam bunga..dia ckp kerja x bfaedah..n now..dia TerLIUR tgk bunga...mak2...
thats why i love u...

ok..byk da melalut..berbalik pd kisah hewan2 peliharaan nih..
kat umah aku tu start aku kicil2 lg, mcm2 species hewan yg mak aku pelihara..

cthnya: ayam (dr pelbgai species + dr kecil smpai besar saiznya) , angsa, burung merpati, burung pergam(species helang), arnab, hamster, itik, ikan (dr pelbagai species) n da tak ingat da...hehehe..

aku masih ingat lagi pasal arnab kt org...dulu mak aku beli 2 ekor ja..
jantan n betina, but then dorng membiak jd berpuluh2 ekor..seyes byk..smpai mak aku sembelih berpuluh ekor skali utk mkn n sedekah kat org (i dont dare 2 eat)...arnab2 tu sgt comel tyme kecil..n mak aku terpaksa sembelih suma coz aku kena asthma pasal slalu main dgn arnab..
huhuhu..so...tamatlah riwayat hewan arnab kat uma aku...tapi pelihara arnab sgt best..tgk dorng membesar dr lahir smpai jadi gemok n besar...arnab yg baru lahir mcm anak tikus baru lahir.. xda bulu..mak aku takot gila coz dia anti tikus yewr..oohhho...ada satu insiden, dia sanggup tawaf satu rumah supaya x lalu tempat yg ada tikus dkurung tue...heheheh..

but..hewan2 yg still tinggal kat uma aku skg nie adlah: angsa, burung merpati, ayam serama, ayam togel (khusus utk dmkan yewr..but i dont like)..
sampai kat sini aku langsung xda menjaga any hewan perliharaan..
ada gak some of my fren yg bela kura2..n ia sgt COMEL ye...
ada gak yg bela ikan...just aku blom terdetik lagi nak membela apa2 jenis hewan wat ms skg..
commitment kena tinggi klu nak jaga hewan2 ni..heehe...

syabas kpd yg suda ada hewan perliharaan kat cni..
sy bangga dgn kamo...ohhohoh...
bila tiba masanya aku gak akan membela hewan..
wat masa skg..yg plg aku suka tgk adalah KURA2 yg kecil tu..
sgt2 comel...nntla..klu ada rezki aku akan jg dorng..heheeh....

~~~..kami tak kuat..
tapi kami tak lemah..
bila berkerjasama suma jadi mudah...
heyyyyyyy...wonderpet...~~~!!!

Tuesday, April 28, 2009

MoViE??????...

hurmm...

kadang aku terfikir..
apa akan jadi sekiranya hidup kita ni boleh menggunakan magic..

adakah manusia akan:

1) jadi malas nak guna kudrat 4 kerat (asyik tunjuk n benda suma boleh bgerak ikut kemahuan)

2) jadi "angel @ maybe devil" coz ada kuasa yg mampu mengubah byk benda

3) jadi manusia yg sgt very bombastic dgn teknologi yg ada..


hurm..memandangakan harry porter yg baru akan keluar (tapi lmbat lagi..x sabar tguu bulan 7)
itu yg membuatkan aku bfikir...
seyes aku ckap..pas jak tgk cerita harry porter tu..mesti terasa mcm bset klu ada kuasa magic yg mcm dorng guna..boleh terbang..wat benda bgerak n bla3...rasa mcm plg hebat nih...(imaginasi..heheh)..


ada gak segelintir org x suka sgt nak tonton crita2 mcm ni..coz bagi mereka..crita2 mcm ni mengarut..
bolela dkatakan sedemikian..tapi kesemengarutan itu yg membuatkan crita tu syokd tonton..
mcm harry porter, benjamin button n bla3..pelik tapi sronok...


tapi crita thrll pun best gak...apatah lagi crita hantu..uhuhuh...spookyyy....


tapi...klu kita tgk cerita melayu versi hantu...asyik mcm tu la...
langsung ntah apa2 cerita hantu dia...
nak djadikan crita..pd satu hari kami bcdg nak g tgk wayang..
so..kami pun pilihla cerita ..
kunun2 nak tgk crita yg scary2...pilihla crita hantu versi malaysia..
n time tu top dgn cerita "histeria"..tgk preview dia punyala gempak..
dlm hati ..mesti hebat la cerita mlyu ni..da ada da perubahan..
semangat masuk panggung...skali tgk...perghhhh...
bikin panas ar...dah la tak takot...tak seram..mcm apa ntah ending dia tuh..
buat sakit ati jewr tgk..bazir duit tol...
why they cant do better???
aku pon x phm...cerita dia ntah apa2...mcm crita mlyu yg aku puji sikit utk crita hantu ni mcm "jgn pandang blakang"..scary mmg scary gak la..tapi yg x bestnya muka hantu dia...lawak gila..
nampak sgt pkai topeng kot...if dorang punya graphic design mcm "kekasih ku seru"..mesti gempak punya la....mmg best..



nak tambah gula n garam lg dlm cerita menonton movie kat panggung ni..
kami pun pd keesokan harinya bcadang la gak nak tgk movie lg skali tapi masi dlm genre yg sama iaitu cerita scary..
so..akibat menyesal tgk movie smlm dlm versi mlyu kami pon memlih la tgk crita yg versi english...org poteh kan gempak2 crita hantu dia...
berkobar2 skali lagi masuk panggung..siap beli popcorn ek...
movie tu btajuk "diaries of the dead"..
sumpah x best...mcm cerita histeria tu gak...
asyik gigit2 org..bdarah,..mati...BOSAN sungguh....
dua2 versi pon sm jak...xda kualiti langsong...



aku ni bukn pgemar filrm sgt...
kdg2..ada rasa nak g mnonton wyg kat panggung bru aku g...
klu x..mls seyyy..better beli or pnjam dvd (kwn punya..hehee)..tgk kat uma...
da byk movie baru yg aku miss sbb bz gila dgn kerja...
huhhuu...assigments yg berbukit byknya...



syukur da hntar suma....
n my last paper is on 4th of may....
counselling yg killer paper tuh.....huuhuhu...hope we all be blessd n can answer it smoothly...amin.............(-_-)

Thursday, April 16, 2009

aku BenGonG da Neyyyy...


jam menunjukkan 4.18 PAGI..
aku lom tido lg dek kerana mnyiapkan assignment yg akan dhantar esok hari...
(sekarang study week, tp ada jewr assignment yg kena hantar lg..serius membunuh)

otak aku da KOMA..
aku tak boleh nak study skg ni..
baca pon xda yg masok...
jadi mengambil keputusan utk menulis blog ini..
kerana aku tak perlu menggunakan kuasa OTAK yg byk..(uhuhuh..apakaaaaaaaa)
aku hnya perlu menaip apa yg ada dlm kapla hotak aku ni...

telah ku hitung2 hari..
aku x tau la nnt mcm mn...

aku sedang merapu..
ayat yg ku tules telah menjadi kacau bilau..
aku jd bengong..aku pening~~~~~
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......(bukan menangis tp meraung + melalak)..

boleh tak dlm satu saat..
aku hilang kejap dari sini??
mesti x boleh kn..?..hurmmm...(x besshhh...)

aku tau aku melalut..
maaf kepada sesiapa yg terbaca ar...

mata hampir tertutup.....(-_-)....





Wednesday, April 15, 2009

5 hari lagi start FINAL..

hurmm..
seperti yg di atas (tajuk)..
tapi kerja aku apa?study tak start lagi..
aku tak tau la apa nak jadi dgn aku ni..
bz dgn benda lain..



seperti:



1) menulis blog mcm aku tgh wat ney



2) facebooking, friendstering n laen2 ing..



3) bmasak..wlaupun tau masa x byk



4) tak dilupakan asignment yg kena dihantar pd ms study week ney..uhuhu...



5) mengelamun yg byk n tido yg berlebehan...huaaaaaaaaaa...



tgkla..apa nak jadi dgn aku ney..
xda kesedaran langsung...
aku pon xtau la..



hari ni aku telah memasak kari ayam..plus roti canai aku (tompek2 org brunei ckp)
yum2..byk kentang dari ayam..besala..
nak jimat..ayam mahal seyyy...soo..kentangla yg byk...=]
n dila pun dtg uma aku wat verbatim..
dia pun bw gak la sayur tumis..
so..hari ni kerja kt org mkn...
n wat verbatim bserta reflection...



skg aku masih pening n mood utk study blom kuar lagi..
aku tak tau la..
haiyaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
(SYAZA!!!!! sedarla diri tu..da nak exam ney...)



aku terasa sgt x berfaedah ni..
org laen suma tgh sibuk menelaah pelajaran utk final yg just around d corner nih..
tp aku??? aduiiiiiiiiiii....



****pening~~~~~****....(T_T)




Tuesday, April 14, 2009

maRi BeRDoA...


mudah-mudahan kita semua mendapat pasangan yg boleh membahagiakan kita di dunia danjuga akhirat kelak...aminn...

...hE n shE...


hope it will last forever...(^_^)

Monday, April 13, 2009

HeCtiC....


hurmmm.....agak lama gak aku da tak m'post apa2 kat blog ni..
bz gila..byk keja yg nak dbuat..mcm baru kuar dari gua..
baru lihat dunia ni..aku rasa mcm org gua..
kadang2 xtau apa yg jadi kat keaadan sekeliling..
berita tak tgk sgt...paper tak baca sgt...
asyik dok wat keja yg memanjang x pndai habes..
huhuhuh..syukurla..da kurang ckit...tapi still ada lagi..

for example:

--> BEL (presentation on 20th ni) [p/s: 21 kt org punya 1st paper..bdarah hidung seyyy]

--> COUNSELLING (verbatim script & reflection)

--> PHONETIC (project group)

d'ambang2 exam ni pun byk keja yg tak siap lagi..
huhhuhuh...skg ni tgh study week...

nak djadikan verita ..byk benda blaku sblom2 ni..
n slah satunya adalah aku pindah uma lagi..
n ni dsebabkan tuan rumah yg KEDEKUT taik hidung masin tu..(walaupun aku tak tau btol x..x pena rasa..yaakkkkkkk!)
one of my housemate nak kuar coz dia da habes study..
basically brg2 spt tv, peti sejuk n dapur n tmpat letak pinggan tu dia yg punya..
so..bila dia nak kuar dia nak angkut la suma..
kami yg tinggal ni sehelai spinggang la....(kasihan..T_T)
jadi..pd satu hari..aku telah menelefon tuan punya rumah ni..
aku nak bgtau dia yg agak susah nak tarik org baru masuk coz uma dia ni dia letak mahal..
n KOSONG..KONTANG..xda benda kat dlm dia..jd org pun bfikir byk kali nak masuk..
aku minta kat dia..klu dia bole sediakan peti sejuk n dapur..
2 tu cukupla..bukan nak minta dia bagi yg baru..
yg second pun jadila..penting bole guna..
nak djadikan cerita..adakah pak cek tu mrh aku..
hhuhuhu,,..berasap gak telinga dgr dia ckp

pak cek: "klu u all nak murah..g cari uma setinggan, bgtau pakcik bila kamu nak kuar"

dgn nada yg menyakitkan hati aku.
satu uma geram dgr dia ckp..ada yg siap sumpah lagi..
hmmmm..pakcek2...apala susa sgt kan..
da untung byk da...tapi still gak bkira dgn benda yg kecik mcm tu..
hmmm...kt org pun pegilah carik uma..
panas2 ni kuar g cari..masuk kat dlm fact g cabot suma notis uma..(jgn mrh r..)
then kt org pun dptla satu uma ni..
alhamdulillah...harga pun dpt runding..n pak cek uma baru ni agak btimbang rasa gak la ..
kesimpulannya..kt org akan pindah masuk awl bulan 6..so..start packing balik brg utk yg kedua kalinya dlm sem ni pas EXAM yg just around d corner ni..

n pada hari ni..ROLE PLAY utk counselling telah pun dlaksanakan bersama partner ku adila (jgn main2 taw...wlaupun kt org x amik lit tp kt org pun ada belakon..)
thanks ya dila...n syukur suma is on d track...
skg ni matlamat UTAMA adalah study utk FINAL EXAM..
yeahhh..!!!..harap suma nya bjalan dgn lancar..bole dpt ingat n dpt jwb dgn cemerlang...(aminn..)

Friday, March 27, 2009

aku seorang manusia..

aku..
seorang manusia, yg kekadang hilang arah tuju..
hilang kerana terlalai..
alpa dlm keseronokan dunia..

aku..
seorang manusia, yg tidak punya apa..
dunia yg sekadar pinjaman sebagai tempat persinggahan..
dan selepas itu abadi jauh di sana..
kedudukan yg belum pasti..

aku..
seorang manusia, yg sentiasa lupa..
lupa dengan apa yg patut aku lakukan..
lupa dgn apa yg perlu aku perjuangkan..
kadang seperti melepaskan batuk di tangga..

aku..
seorang manusia, yg lemah lagi tak berupaya..
menadah tangan memohon kemaafan, memohon limpah kurnia Nya..
bersujud dan bertasbih memuji keagunganNya..
berdoa agar sentiasa dalam jagaanNnya..
berdoa agar tidak tersasar dari perintahNya..
agar aku tidak tercampak dan terkulai di dalam api nerakaNya..

aku..
seorang manusia....